9 Jan 2013

Antoo Fighter (2008)



Point:
4.23

Filem Antoo Fighter mengisahkan sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman lampau yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy. Mereka kembali ke zaman ini untuk mengganas dan bermaharajalela selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu.
Drakulat dan hantu-hantunya (Bajang (Iblis), Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat asal mereka terlepas dan telah sampai ke Kuala Lumpur lalu menawan Menara KL dan menjadikan Menara KL sebagai markas untuk mereka menjalankan operasi mereka.
Mereka telah melakukan kekacauan dan kekecohan di ibu negara sehingga menyebabkan negara berada pada tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon” iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap pelusuk bumi ini. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis dari keturunan darahnya, iaitu “Delyla”, dimana darahnya dipercayai mempunyai satu kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dia dapat bebas turun ke bumi.
Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50-an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa-kuasa jahat setiap 60 tahun.
Dapatkah Pak Din menyelamatkan bumi ini dari dikuasai oleh Drakulat dan konco-konconya? Sama-samalah menonton filem Antoo Fighter arahan Azizi Chunk untuk mengetahui kisah selanjutnya…
Pelakon: Radhi OAG, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Nasrizal Ngasri, Shoffi Jikan, Amran Tompel, Scha, Hamid Gurkha.




PEHATIAN !
TIADA SISTEM DOWNLOAD


WATCH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...