1 Oct 2012

S.A.M (saya amat mencintaimu)

Sinopsis filem SAM

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu? Saksikan nanti di pawagam sempena Hari Raya 2012 ini.

Poster filem SAM

SAM Official Trailer


Filem SAM dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri dan diarah oleh pengarah muda Malaysia, Syafiq Yusof



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...