14 Oct 2012

Halim Munan



Sinopsis Filem Komedi Seram Halim Munan


Halimmunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik.

Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim.

Untuk membersihkan namanya, Halim bertemu seorang bomoh iaitu Wak Mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas Wak Mali menjawab salam tu, Wak Mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya.

Halim menjadi 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat 'dapat ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung.

Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu? Semua jawapan ada dalam Halimmunan.

Barisan pelakon yang membintangi Halimmunan ialah Fizo Omar (Halim), Gbob sebagai Puyu, Fiza (Suriati), Zul Suphia'an (Ajak), Wan Hanafi Su sebagai Wak Mali,Syuk (Kumpulan Balas Raja Lawak) - Piwi dan Fendi (Balas - Kimi).

Babak Halim Munan
Keasyikan seorang bomoh, Wak Mali melayan irama tiupan seruling kesayangannya di serambi rumah mistik di kelilingi kolam ikan, terhenti seketika. Matanya tiba-tiba menjadi liar.

Sebaik menjawab salam dihulur, wajahnya berkerut-kerut bingung kerana tidak nampak atau melihat sesiapa memberi salam di depannya. Ketika masih tercari-cari dan mengamati dari mana datang suara itu, dia pengsan apabila mendapati suara salam datangnya dari seorang anak muda yang dianggap penduduk kampung banyak memberi masalah.

Halim muncul di depan rumah Wak Mali sebagai 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum pun sempat Halim datang menyerahkan separuh kain kafan seperti diminta Wak Mali sebagai syarat 'minta ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, kain kafan kubur dibawa Halim tidak menepati apa diminta Wak Mali. Halim yang memiliki karakter lurus bendul dan suka berangan menjadi halimunan sejak kecil, bukannya membawa kain kafan wanita mati malam Jumaat seperti diminta, tetapi kain kafan seorang pawang hitam baru meninggal dunia.

Keadaan menyebabkan Halim resah kerana menyedari dirinya tidak lagi dapat dilihat orang lain. Pada masa sama, penduduk yang mencarinya bersama ibunya, melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya bertukar menjadi pocong mengacau ketenteraman selepas insiden mencuri kain kafan di tanah kubur.

Keinginan Halim bermakna dia mencapai hajat menjadi halimunan dan kebetulan bertepatan dengan namanya, Halim Munan. Pada masa sama, Halim berhasrat jadi halimunan kerana mahu membalas perbuatan buli dan ejekan tiga budak nakal, Ajak (Zul Suphia'an) bersama Pawi dan Kimi (Syuk dan Fendi Kumpulan Balas Raja Lawak 5) yang menuduhnya suka mengganggu anak dara orang.


Sinopsis Filem Halim Munan

Halim Munan adalah filem pertama RR Empire Sdn Bhd yang sebelum ini mengendalikan perniagaan restoran masakan Nigeria di Mantin dan studio 'jamming' muzik di Taipan Senawang, Negeri Sembilan.

Filem Komedi Seram Halim Munan akan menemui penonton pada 13 September 2012 .Pastinya filem ini menghiburkan dan mencuit hati penonton.




Filem: Halim Munan
Genre: Komedi Seram
Terbitan: RR Empire Sdn Bhd
Penerbit: Roslina Rohani
Pengarah: Hashim Rejab

WATCH !!


DOWNLOAD


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...