6 Oct 2012

Drogba Dan Rooney


Sinopsis sikit mengenai telefilem yang yang akan ditayangkan pada 30hb Ogos 2011 , jam 12 tengahari di astro Prima.
Johan dan Zizan sangat meminati pemain Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester. Johan dan Zizan selalu mengidamkan untuk melihat pemain bola sepak kesayangan mereka secara langsung. Johan minat Chelsea, dan Zizan pulak suka Manchester United.
Dek kerana terlalu minat sangat kat striker Didier Drogba MU dan Wyne Rooney, Johan dan Zizan sanggup berjimat cermat duit perbelanjaan, kerana nak pergi ke London. Mereka menubuhkan tabung EPL. Mereka buat bermacam macam kerja hingga sanggup mencuri kasut di masjid untuk dijual.
Selama 10 tahun Johan dan Zizan mengumpul duit dalam tabung EPL, akhirnya mereka dapat jugak ke London. Di sana mereka akhirnya kecewa sebab tiket bola dah habis. Mereka terpaksa pulak mengumpul duit nak balik ke Malaysia apabila terlepas flight balik kerena tertidur…heheh!!
Dijamin lawak…
Para pelakon dalam Drogba dan Rooney: Johan, Zizan, Sabri Yunus, Amir Raja Lawak, Maimon Mutalib, Ozlynn Waty.
Tak sabar nak tengok lawak lawak Johan dan Zizan, Johan berlakon dgn isteri dia sendiri dalam ni, pelakon Ozlynn Waty pun ada. Ozlynn Waty jadi teman wanita kepada Zizan..aik terbalik pulak..hehe!! Johan tak cemburu ke tengok kemesraan isteri dia dgn Zizan tu…??
Sama sama nanti kan Dorgba dan Rooney di Astro. Yeah!!
Johan di Stadium Old Trafford Manchester

WATCH HERE!!


DOWNLOAD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...