28 Oct 2012

Baik Giler

SINOPSIS

Sinopsis Filem Baik Giler

| Baik Giler mengisahkan Afiq lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.

Afiq yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.

Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.

Pada anggapan Afiq istilah `baik giler' bermakna seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya. Pada hal istilah `baik giler' merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.

Pada masa sama, disebabkan hasutan Joe (Esma) yang mendakwa kemasukan semula Afiq ke pejabat mereka akan memporak-perandakan keadaan, Kimi meminta kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afiq.

Dalam filem ini Kimi digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afiq sebagai orang yang masih gila. 

Filem Baik Giler membariskan pelakon Zizan Razak,Awie, Esme Daniel, Farawahida, Sharifah Shahirah, Abon, dan Siti Fazurina. |

WATCH

DOWNLOAD







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...