27 Apr 2012

SAJAK hujan

Hujan yang turun.
Tidak ada sesiapa yang bisa mengubah warnanya. Dalam kenangan itu, tersimpan satu rahsia apabila turunnya hujan. Rahsia kurniaan Allah kepada Hambanya.
Hujan yang turun..
Tidak kira waktu siang, tengahari, petang ataupun malam. Hujan yang renyai-renyai, hujan yang lebat, hijan ribut , hujan tanpa henti-henti, Hujan Panas. Macam-macam hujanlah!
Hujan yang turun…
Betapa besarnya kekuasaanMu dan masih ada lagi manusia yang tidak bersyukur atas setiap pemberian. Kau ampunkan dosa dosa kami Ya Allah sesungguhnya kami adalah hamba yang lemah….
Hujan yang turun…
Mencari alasan aku untuk datang lewat ke tempat kerja.. Menambah kenikmatan waktu tidur ku.
Hujan yang turun…
Aku rindu ketika waktu-waktu kecilku, suka bermain hujan bersama abangku.
Hujan yang turun.
Menemani ku ketika keseorangan dalam mencari inspirasi paradoks yang aku sukar menterjemahkannya.
Hujan yang turun.
Membawa 1001 rahmat, membasahi bumi yang kepanasan. Menghidupkan pokok-pokok, tanaman dan juga peringatan buat hambanya (pabila banjir)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...