23 Apr 2012

Mahzab Kristian Sama Dengan Ortodoks,Mahzab yang mirip Islam??

Mahzab Kristian Sama Dengan Ortodoks,Mahzab yang mirip Islam??


Seumur hidup, Afiq tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini, mungkin kerana sebelum ini sedari kecil afiq belajar tentang agama Islam, agama Allah yang Maha Agung ini sehinggakan belum berkesempatan untuk mempelajari tentang agama-agama lain. Justeru itu, afiq rasa amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat PENDIDIKAN ISLAMsecara formal dan mencukupi...

Ianya sangat menakutkan terutamanya sekiranya ia mempengaruhi generasi yang akan datang sekiranya pendidikan agama tidak kuat. Asas agama, bila tiada di dalam diri kita, akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkaran...



TAHUKAH ANDA?

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara amal ibadahnya hampir sama dengan amal ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan mazhab ini dengan ajaran agama Islam...

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara peribadatannya hampir sama dengan cara peribadatan Islam. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, telah masuk waktu solat Maghrib... Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya, Indonesia bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.


Awas! Jangan terkeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Maghrib. Mereka adalah jemaah Mazhab Kristian Ortodoks!


Ramai orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam. Bukan sahaja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaa peribadatannya juga sama.Tengoklah saat mereka solat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila solat berjamaah, juga memakai bahasa Arab!


Solat 
Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud seperti biasa. Bezanya, penganut Mazhab Kristian Ortodoks perlu solat 7 waktu iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing adalah dua rakaat. Mereka menyebutnya: Sa'atul Awwal (Subuh), Sa'atuts Tsalis(Dhuha), Sa'atus Sadis (Zohor), Sa'atut Tis'ah (Asar), Sa'atul Ghurub (Maghrib), Sa'atun Naum (Isya'), dan Sa'atul Layl (tengah malam).

Puasa
Puasa wajib bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks disebut Shaumil Kabir iaitu puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan mereka sekitar bulan April.

Puasa Sunat
Puasa Sunat bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks adalah dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat. Puasa ini bertujuan untuk mengenang kesengsaraan Kristus.

Zakat
Di dalam ajaran Kristian Ortodoks, zakat yang wajib diberikan adalah satu per sepuluh dari hasil pendapatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...